Ikut ikutan

Saturday, February 23, 2013

Bertunang dengan .......

Assalamualaikum
kepada yang mengenali diri aku, yang buat-buat kenal pun boleh hehehe. Ops!

Tadi selepas Maghrib, aku SMS dengan Kak Aida tersayang. Dan ada mesej yang aku tak tahu kenapa aku pi type kat Kak Aida, konon macam nak tanya pendapat.

Sya: Hehe sama2 kasih. Ok x, 'bertunang dengan kematian'
Kak Aida: Ish, apa sya ngarut ni

Bila orang dengar, memang bunyi apa aku meraban ni.
Tapi tak tahu kenapa dalam few days ni aku macam terfikirkan statement ni.
Pastu terfikir nak gi beli cincin emas atau gelang emas.
Haha, perasan la nak bertunang!

Sebenarnya, bukanlah cerita bertunang sangat.
Memang bertunang dengan kematian tu ada dalam kepala aku dua tiga hari ni.

Kalau pernah ada yang terbaca satu cerpen ni, aku pun lupa tajuknya tapi cerpen online jika tak silap.
Memang garapan cerita yang sangat menarik di mana pada mulanya aku pun ingatkan dia bertunang dengan seseorang tapi dirahsiakan. Cerita bermula dengan kawan dia tegur dia dah bertunang ke lepas tengok jari manisnya tersarung cincin belah rotan. Tapi, gadis tu tersenyum je tak mengiyakan tak menidakkan. Dan ada satu hari lain pula kawan dia nampak dia baca satu buku bertajuk Malam Pertama. Diusiknya gadis tu lagi. Si gadis tersenyum je. Pastu ada satu dialog tu gadis ni berbual dengan maknya, tanya kainnya dah siap beli ke? Emmm. Akhir cerita ni, gadis tu meninggal dunia sebab kanser barah camtu la.

Dia pakai cincin tu sejak dia tahu dia mengidap kanser peringkat akhir, which is dia menganggap dirinya dah 'bertunang' dengan kematian.
Dia baca buku Malam Pertama tu....tajuk sebenarnya Malam Pertama di Alam Kubur.
Dia tanya maknya kain dah beli ke belum tu kain putih nak dijadikan kain kapannya.

Intipati cerita tu, dia banyak beribadat, berzikir dan membaca Quran, luangkan masa dengan keluarga untuk bersiap sedia menghadapi panggilan ajalnya.

Heh, mungkin la statement ni muncul di fikiran sejak banyak dugaan bulan February ni juga.

Kadang-kadang, manusia ni bila dah banyak sangat berjanji sebenarnya ko tak perlu nak percaya sangat dan jangan simpan dalam hati pun. Aku dah tahu. Tapi, tersimpan dalam hati juga. Lepas tu bila orang tu tak leh nak tunaikan janji dia, kita jadi sedikit kecewa dan marah. Em, silap diri sendiri. Buat apa gi letak pengharapan kat manusia??

Mendidik hati meletakkan pengharapan hanya kepada Allah Taala.
Kadang-kadang masih tergelincir 'terharap' pada manusia.
Sampai satu tahap, aku rasa nak gi camping kat hutan berguru kat pondok ke, tolonglah beri tips nak bersihkan jiwa raga camne??? Hehe.

Em, tapi bila berjanji dan dimungkiri, satu sikap yang tidak baik dalam Islam tau.
Jadi, janganlah suka menabur janji dan sekaligus memberi harapan kecil kepada manusia tu.
Dah berjanji tu, usaha juga tunaikan. Kalau tak mampu tunaikan, cepat-cepat gitau manusia
yang menunggu tu dan minta maaf. Jangan sampai manusia tu yang cari kita nak tuntut janji.

Hari tu ada kawan aku post a link kat GROUP FB kitorang. Dan ada satu link ni, aku siap print dan hari-hari aku baca sekarang ni. Simpan atas kereta hehe. Nak gerak gi kerja baca. Tunggu enjin panas baca. Nak balik pun aku baca. Memberi aku inspirasi nak sungguh-sungguh mula mengenali Allah dengan sebetulnya. Yelah, umur pun dah 20-an. Hehe. Kejap je kita kat dunia ni.

Bolehlah baca KLIK SINI.

Terbaik.

Apa tujuan sebenarnya kita hidup kat dunia ni?
Bila aku fikir balik, eh helloooo, aku bukan nak kerja sampai mati dapat duit tiap bulan, atau pun fikir ada ke laki nak ngorat aku so aku leh kahwin pakai baju kurung pahang kain tenun Terengganu or shopping online tiap kali nampak baju yang aku suka. Baca sekali nafas. HEHE.
Artikel tu sempoi, tak heavy pun tapi cukuplah menjawab kekusutan aku sebulan ni.
Sebulan ni macam-macam hal jadi, tapi biarlah rahsia aku sendiri haha tapi pengajaran bleh la baca post sebelum ni, berkongsi sama-sama hehe.

Satu benda je kewujudan kita kat dunia ni.
Nak menyembah dan beribadah kepada Allah, nak buat segala perintah dan meninggalkan larangannya. Tapi Allah kan Maha Penyayang. Hidup kita ni dalam masa yang sama perlu dinikmati dengan bahagia juga. Mestilah bahagia tu akan datang selepas kita seikhlas hati nak mengenali Allah dan belajar bercinta dengan Allah, 'mencari perhatian' Allah dan apa yang kita lakukan setiap hari niat kerana Allah, dan sebab Allah dah suruh kita buat baik. Bila kita dah rapat dengan Allah, hati kita selalu ingat Allah dan nak buat jahat pun fikir 100 kali, tapi tetap tak berani buat sebab rasa sayang nak calitkan diri dengan dosa setitik, dan takut Allah marah. Bila dah rapat, insya Allah macam-macam yang kita dapat dari Allah.

Paling penting sekali aku mohon semoga Allah memberi sifat berlapang dada, redha dan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri kita.

Namun, kita usaha buat ibadah dan kebaikan, tapi yang menentukan syurga atau neraka hanya ALLAH Taala sahaja. Sebab kita masuk syurga bukan kerana ibadah kita tapi kerana RAHMAT dari ALLAH TAALA. Kerana walaupun ibadat yang kusyuk dan sempurna selama seribu tahun pun, sebenarnya tak mampu nak melepasi timbangan nikmat penglihatan mata yang Allah pinjamkan, apatah lagi kalau campur suara, kaki dan tangan. Masya Allah. Jadi, seandainya kita masuk syurga pun sebab belas kasihan dan rahmat dari Allah yang Maha Penyayang dan Pengampun. Insya Allah.


Em, memang terfikir nak beli gelang emas dan pakai. Bila nak buat jahat sikit, atau malas nak beribadah, pandang je gelang emas tu teringat 'aku ni bertunang dengan kematian'. Anytime je nak jemput aku ke alam abadi nanti.

Berani tak nak bermalasan dalam ibadat kita?

Bersedia ke kita nak dipanggil nanti, pergi tak kembali?


Soalan: Tapi kenapa gelang emas Auz? 
Jawab :Err, memang dah berkenan lama, ada rezeki lebih nanti bolehlah...hehehe insya Allah.





Saturday, February 16, 2013

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang


Assalamualaikum semua.

Syukur! Aku dah siapkan cerita Cinta....Again?   ! Hehe. Gembira. Cerita baru bakal menyusul. Seronok dapat buat cerita angan-angan ni!

Aku saja nak kongsi sesuatu. Dalam sebulan ni aku rasa macam-macam benda jadi dan banyak yang aku belajar dari  ujian-ujian kecil ni. Hehe. Kalau ikutkan hati, memang sedih dan pedih. Tapi, buat apalah kita nak bersedih dan kecewa sangat dengan dunia ni, betul tak?

Bercakap memang mudah, tapi nak praktikkan yang payah.

Apa pun, apa yang aku type ni, semoga dapat jadikan pengajaran kita bersama.


Bila kita bergaduh dengan kawan-kawan, mereka mungkin akan menjauhkan diri dari kita buat seketika.
Bila kita bergaduh dengan yang tersayang, si dia juga mungkin akan terasa hati dan tidak menghubungi kita.
Bila bergaduh dengan keluarga, mungkin juga masing-masing terasa hati dan mendiamkan diri dari kita.
Namun, walau apa pun yang kita lakukan, hanya ALLAH yang sentiasa berada di sisi dan tidak akan meninggalkan kita walaupun seketika.

Remarks: kata-kata diatas bergantung pada situasi, lain orang lainlah keadaan.


Ada sekali tu, dalam seminggu aku memang tension dan sedih. Ingat sikit nangis. Nak fokus kerja pun tak boleh. Tak leh blah bila terfikir. Tapi, mujur ada Umi dan Kak Aida pemberi semangat, dan juga mujur ada Allah yang sentiasa memberi kekuatan kepada aku.

Semua yang berlaku ni, aku percaya Allah nak tegur aku supaya aku jadi lebih baik. Aku juga percaya Allah masih sayangkan aku dan nak lindungi aku dari benda-benda tak elok. Aku percaya Allah nak aku jadi lebih kuat dari semalam dan lebih ingat padaNya. Aku percaya Allah nak didik hati aku supaya bergantung hanya padaNya, dan tidak pada manusia lain.


Apa yang aku dapat? Ehem?

1.  Lebih baik kita berdiam diri dari kita berkata-kata yang sia-sia, akhirnya menyakitkan hati yang mendengar.

2.  Biarlah hati kita yang sakit dan terasa akibat perbuatan orang lain, daripada kita menyakitkan hati orang lain atas perbuatan dan kata-kata kita.

3.  Sentiasa mengingati kebaikan orang lain walaupun hanya sekali dia buat baik pada kita, berbanding kita mengungkit-ngungkit kesalahannya yang tidak seberapa. Sebabnya, kita sendiri pun masih banyak perlu diperbaiki.

4.  Maafkan manusia lain dan berilah mereka peluang. Jangan segera menghakimi dan menjatuhkan hukuman kepada mereka tanpa memberi peluang kepada mereka untuk berubah.

5.  Apabila ditimpa kesusahan atau kita berada dalam kebahagiaan, sentiasalah letak Allah di tempat teratas dalam hati kita. Segala yang ada di dunia hanyalah pinjaman dan ujian buat kita~   keluarga, boyfriend, kerja best, inflasi, shopping dan apa-apa je berkaitan.

6.  Sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan buang perangai yang tidak elok.

7.  Hargailah apa yang kita ada sekarang, dan bersabarlah serta redha apabila menghadapi kehilangan.


Setiap yang berlaku, pandanglah dengan pandangan yang positif dan berlapang dada. Aku tahu, susah untuk kita lakukan tapi boleh sebenarnya bila kita percaya Allah sedang mengatur kehidupan yang lebih baik untuk kita.

Kadang-kadang aku terlupa juga, tapi tiap kali aku terlupa, masa tu juga Allah ingatkan aku.
Alhamdulillah.
Aku tak pernah rasa aku manusia yang baik, tapi aku akan sentiasa berusaha menjadi baik selagi aku mampu.

Sama-sama kita muhasabah diri kita.

Mungkin kita selalu nampak keburukan orang lain, tapi keburukan sendiri kita terlupa.
Biarlah kita pandang kebaikan orang lain, dan lupakan kebaikan yang pernah kita buat.
Dengan itu kita akan sentiasa ingin menjadi yang lebih baik dan buat yang terbaik.

Sama-sama kita menegur jika ada salah silap ye.





Tuesday, January 29, 2013

Halal Hydrolyzed Fish Collagen



Assalamualaikum.


Mencari hydrolyzed fish collagen yang halal, berkualiti dengan harga berpatutan?

Jom!

Klik aje LINK di bawah ni untuk info selanjutnya ! 

=D



Nak tolong spread the love pun bolehhh.


=D


Thursday, January 24, 2013

Bachelorette Gift: Blushing Bride Calendar


Assalamualaikum.

Lama betul la kan tak memblog.
Bila mengadap aje keyboard, idea banyak tapi tak leh nak transfer masuk menjadi cerpen harian. 

Saja nak kongsi sesuatu yang menarik, pada aku laaa.

Hari tu saja celebrate konon ala-ala Bachelorette Party untuk kawan kitorang yang bakal berkahwin bulan Febuari nanti. So, atas inisiatif dan idea kreatif tiba-tiba, aku terfikir nak bagi macam acknowledgement book camtu, not sure apa dorang panggil, something like signature book from friends to congratulate kawan yang sorang ni.

Sebelum ni ada juga buat satu buku besar, masing-masing design ucapan dalam setiap muka surat, khas untuk seorang kawan yang kahwin tahun lepas, bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Lawa sorang member tu design memang sweet.

Aku fikir takkan nak buat buku lagi, so common tambah-tambah lagi aku ni tak berapa tere nak dekorasi dan hias macam kawan aku buat. Lalu aku terfikirlah nak buat CALENDAR as a gift! 

Dalam setiap bulan ni, ameklah sorang satu buat ucapan tersayang buat kawan ni ha. Aku haruslah amek bulan April, bulan kelahirannnn! =)


Calendar of The Blushing Bride


Lepas struggle berkejar dengan kepenatan bekerja, nak kejar siapkan calendar comel ni sangat berbaloi-baloi bila kawan tu cakap dia sukaaaaa!! Dan ada sorang member tu pun cakap dia sangat sangat berkenan dengan calendar gift ni yang cute! Belakang page bulan tu, boleh tulis NOTE . Paling penting buat dari hati ! =)Adalah dalam 9 orang menulis ucapan mereka. hehe

Dan biasanya orang akan bagi miss world reben dan tiara untuk bachelorette girl. Aku belikan kawan sorang ni APRON comel kotak-kotak dan juga HEADBAND TELINGA MINNIE MOUSE pakai masa celebration!! Comel sangat dia pakai! Bolehlah ko buat memasak untuk bakal suami nanti, sure comel sangat kat dapur dok buat gulai tempoyak ikan patin.

Mungkin boleh memberi anda sedikit idea utk beri kelainan dalam hadiah hehehe.




Yang kat bawah ni pula gift yang tak de kena mengena dengan perkahwinan. 
Tapi ni sempena birthday seorang kawan lahir bulan Januari, awal bulan hehe. 
Ni pun aku macam ketandusan idea tapi aku nakkan sesuatu yang bright and fun!
Paling penting column kanan tu as a reminder birthday kami!
Boleh sangkut kat dinding, letak atas meja buat pengubat dan motivasi diri haha.

 Yaaa ini dia special gift yang sangat special birthday girl sorang je yang tau. =) 


Jujurnya, aku rasa puas hati sangat bila dapat buat something yang different (err tak le lain sangat) dan comel hasil kerja tangan sendiri dan bagi hadiah kat orang. Walaupun kekadang aku ni ter over budget dalam membeli barang-barang, nak recycle kebetulan recycle x de lak. Hehe. (seb bek kongsi bajet!)

Apa pun sekadar berkongsi idea yang menarik! =D 


ps: Seronok. Next time apa lak ek? Idea spontan.




Thursday, December 27, 2012

Selfish di musim hujan

Sekarang tengah musim hujan sehujan hujannya.
Sangat best sebab cuaca sejuk je bila nak tidur malam-malam.
Lagi pun aku sukakan hujan berbanding cuaca panas.
Walaupun begitu, encik matahari juga amatlah diperlukan untuk kesegaran dan cuci baju.

Pagi tadi aku selamat sampai ke Subang Airport dari Kota Bharu.
Bercuti tiga hari di kampung, melawat Tok.
Best balik ni sebab sepupu dari Bangi pun balik jugak. Hehe.

Masa kat KB tu, ada satu hari tu aku keluar dengan Syahidi dan Aishah, cousins.
Kitorang pergi KB Mall sebab nak makan Cone Pizza.... sangat!
On the way nak ke KB Mall tu, hujan turun dengan sangat lebat memang lebat!
Air sungai kat Pasir Hor tu pun dah naik tinggi, tenggelam dah tanah kat bawah tu.

Tengah jem ni kat traffic light, nampak seorang pak cik tua kayuh beca.
Pak cik tu pakai baju hujan semua dan cover dia nye beca dengan kanvas.
Kemudian, Wira hitam datang dengan laju buat corner nak masuk kiri.
SPLASSSHH habis air takungan tu terkena pak cik dan becanya.

Kitorang yang tengok terkejut!

Kesian pak cik tu!
Agak-agakla Wira hitam tu nak speed tengah hujan ni, takkan tak nampak pak cik tu.
Tak pasal habis lencun bertambah-tambah dengan air bertakung tu pulak.
Sangat pentingkan diri, tak peduli orang di sekeliling.

Masa hujan, bawalah kereta dengan berhati-hati.
Tengok kiri kanan kalau ada pejalan kaki, motorist atau beca ke supaya apabila
kita lalu kawasan air bertakung, kita slow down kereta. 
Kalau boleh lari dari kolam air tu pun, lagi bagus kan. 

Tak elok pun speeding kat takungan air, boleh skidded kalau tak pegang steering betul-betul.

Apa pun, berhemah di jalan raya, beringat ketika hujan. 



 

Tuesday, December 25, 2012

Jodoh itu unik

Memang jodoh itu rahsia, unik dan kejutan untuk semua orang.
Jodoh perlu kita cari dan usaha, perlu kita berdoa dan bertawakal.

Tapi, post kali ni bukan aku nak membebel tentang hal jodoh yang aku sendiri tak expert punnn.

Oh ya! Sebelum tu nak ceritaaaa~! Course mate aku yang both end up married each other
tahun lepas, dah dapat baby girl yang sangat comel !! Yee, mak cik Auz menunggu mu nak~ hehe. Aku suka sangat love story dorang, tapi tak perlu la aku cerita di sini cerita mereka.

Sebab apa tiba-tiba aku cakap jodoh tu unik.
Semua dah tau jodoh dan pertemuan tu rahsia Allah dan cara kita bertemu dengan seseorang pun tak terjangka dan .... ye.... unik!


25 December ada dua orang kawan aku kahwin.
Sorang di Putrajaya, sorang di Gombak.
Tapi aku memilih untuk ke Putrajaya sebab dia jemput aku dulu.
Sampai lewat sikit dalam 1.30 petang, baru habis makan beradab je. 

Aku yang berseluar jeans sambil bawa dua kotak hadiah, pesanan dari seorang kawan,
berjalan dengan segan-segan ke dewan, ala-ala posmen tolong bawa hadiah on behalf.
Iyalah, muka selamba tapi dalam hati masih ada taman.... segan gak tak pakai pakaian kebangsaan.
Disambut oleh adik pengantin, merangkap kawan aku jugak hehe. Lega tengok dia! 
Kawan aku yang menjadi pengantin hari ni, selamat bernikah dengan seorang gadis dari Melaka.Aku doakan mereka bahagia hingga ke syurga. 

Kenapa lak tiba-tiba aku cakap jodoh itu unik?

Pendek cerita, sedang aku menjamu selera daging masak gulai pendang dengan nasi minyak
bersama kakak pengantin, adik pengantin tak da masa tu.
Kakak pengantin cakap something kat aku which is bila aku dengar tu rasa lain macam sangat! Terkejut dan tak terlintas pun ada, fikir balik nak gelak pun ada!

Kakak pengantin cakap, "Ni akak cite je la, sebenarnya mak berkenan sangat dengan awak. Memang masa jumpa kat rumah masa raya tu, mak harap sangat awak jadi dengan (nama pengantin). Bila dengar mak cakap macam tu, kitorang pun setuju sekali sebab memang dah suka dengan awak juga. Kan best kalau awak yang kahwin dengan (nama pengantin). Tapi iyelah, jodoh semua Allah yang tentukan. Bila tengok (nama pengantin) tak cakap apa-apa pun, takkan kita nak paksa kan." 

Sesak nafas aku dengar jap. Patutla mak dia hari tu masa aku gi beraya rumah dorang, mesra sangat-sangat.
Tapi, memang aku tak fikir pape pun, cuma fikir memang mak dia friendly. Siap aku nak balik tu masa raya tu, mak dia siap bekalkan aku nasi dan gulai raya lagi. Aiyoo, pastu ada satu lauk orang Perak buat tu, perghhh memang terangkat sedapnya! Lupa lak namanya.

Kak Aida pun pernah cakap, aku tak nak cuba usha dia ke?
Aku cakap la tak terlintas pun, lagi pun masa tu dia memang tengah tunggu kawan aku, dia suka sangat pada sorang kawan aku ni sejak dua tahun lepas. Tapi tak de jodoh. Aku lak baru lepas settle dengan cinta pandang pertama aku senyuman menawan tu, so kununnya dah berikrar malas dah nak usha mamat mana, memang nak fokus kerja la sangatttt~! 


Aku kenal pengantin ni, sebab dia beli susu kambing dengan aku.
Memang aku terasa dia macam seorang abang long sangat.
Nasihat dan motivasi yang dia selalu beri, apa aku minta tolong, dia cuba tunaikan.
Memang seorang kawan yang baik. 
Sepanjang perkenalan tu, dia cerita dia suka kat kawan aku tu ha.
Which means, dorang dah kenal dulu sebelum dia kenal aku.Memang kecil dunia ni kan.

Masa berkawan pun, aku tak de feeling pun kat dia, lagi semangat nak tolong dia tackle
kawan aku tu adalah. 

Jadi, bila aku dengar statement kakak pengantin hari ni, aku tak sangka orang yang biasa macam aku ni ada juga Mak Mak yang berkenan. Memang pelik bin ajaib. 

Dan jodoh itu unik, seandainya dia bukan tercipta untuk kita, walaupun kita cuba tackle dia dan tunggu dia dua tiga tahun, hatinya tetap bukan untuk kita selagi Allah tak bukakan.
Kiranya aku dan si pengantin tu sekapal la sebenarnya. 
Dan walaupun kawan aku tak de perasaan pada si pengantin tu, tapi antara aku dan si pengantin tu pun tak terjadi apa-apa pun walaupun kadang-kadang berhubung untuk perkara tertentu. Kelakar bukan ?

Tak pe la, statement kejutan tu buat kepala aku berpusing hingga terfikir jodoh sungguh unik. 

Akhirnya, si pengantin selamat berkahwin dengan seorang gadis lain setelah lama dia menunggu cinta kawan aku tu. Kawan aku tu pula rasa bersalah katanya, dan aku cakapla tak perlu rasa bersalah sebab semua ni takdir Allah.

Kadang-kadang kita tak pernah terlintas bahawa orang yang tidak pernah kita impikan
menjadi jodoh kita... haa lain dari yang lain... !

Perjalanan masih lagi jauh, memerlukan kesabaran untuk menempuh pelbagai dugaan
dan sentiasa meletakkan harapan pada Allah Yang Maha Mengetahui.

Ada jodoh adalah....statament biasa.

Kita sebagai pelakonnya perlu berusaha untuk menjaga hubungan itu dan sama-sama bertoleransi,memahami dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai bahagia yang abadi. 

Kita sentiasa mencari yang terbaik untuk diri kita, tetapi tahukah kita siapakah
yang terbaik sebenarnya? Bagaimanakah yang dikatakan yang terbaik? Berpandukan
apa pula? Hanya Allah yang tahu siapa yang "terbaik" untuk kita, dan kita menjadi yang "terbaik" untuk seseorang itu. 

Insya Allah. 


Sunday, December 9, 2012

Hadiah kreatif !


Assalamualaikum

Terasa lama benar aku tak post kat sini. 
Hari tu baru siap update episod 14 cerpen Cinta Again?. 
Arhh lagi sikit nak siapkan cite tu! Kenapa idea membuak-buak tapi mood
menaip tak ada? Tak dapat nak karang pape pun. Aiyo!

Bulan ni ada dua orang kawan bertunang, berkahwin lagi ramai. 
Hehe, yang mana aku tak sempat pergi tapi dijemput, minta maaf sangat-sangat.
Aku memang sangat suka pergi majlis kahwin. Kalau tak pergi tu sah sah la ada
sebab dan musababnya yang memang aku tak mampu hadir. 

Sempena dua orang member yang bertunang tu, tak tahu mana datang angin aku
rajin nak menghias sendiri hadiah aku tu ha. Tak de la barang mahal pun. Aku buat 
sendiri skrub beras tu bagi kat dorang! Hehe. Tak de keje sangat la kunun kan.





 Belum siap!! 
Tapi dah selamat bagi 2 December.
Lupa nak amek gambar yang dah ada tuala,complete, untuk tunang theme biru purple ni!
Uhux! Dan limau purut tu memang nak bagi, tapi di hari kejadian aku terlupa
nak belikan untuk dua-dua member bertunang ni ha~




Yang sorang ni jek aku sempat amek yang complete.
Lebih kurang aje dengan theme biru purple tu juga konsepnya.
Hehe, skrub beras pulut putih dan beras pulut hitam bersama tuala muka.
Patut best kalau dapat bagi limau purut tu haaa.
Selamat dihadiahkan kepada member tu sebelum hari bertunang,
sebab dia bertunang kat Kelantan!


Seronok juga buat hadiah sendiri camni.
Dah macam hantaran kahwin dah aku tengok. 
Hehehe.  
Combination color not bad, aku suka dua-dua.

Ikut tema dorang la nie~ 


=)