Ikut ikutan

Wednesday, January 4, 2012

Petua kulit licin


Kulit licin?
Sensitip saya, haha tapi tak per,
Alhamdulillah sekarang my face dah beransur sembuh. Hehe.
Bila busy sampai tak sempat nak fikir pasal muka,
tengok-tengok ehhh dah nak baik!
=D 

Pakailah Has Kosmetik~! 
hehe


Nak kongsi satu petua yang memang menjadi you!
Aku now bercuti kat kampung aku, melawat tok dan sedara.
Sok aku balik dah KL. 
Kat rumah Tok ni, tiba-tiba terajin aku nak buat skrub beras.
Tapi memang kat rumah aku pun, aku suka skrub ni, selalunya
pakai skrub almond, beli aje ground almond kat bakery tu,
tambah aje dengan susu, pakai!



SKRUB BERAS.



Terbukti keberkesanan bila korang guna betul-betul.
Kulit menjadi lembut dan licin.
Memang ni petua opah dulu-dulu untuk memutihkan dan melicinkan kulit,
jugak boleh mengurangkan parut-parut!
(tapi aku tak guna untuk muka, sebab muka aku sensitip!)

Semalam dan hari ni, aku dok goreng dan blend beras ni la,
semalam pun aku dah pakai sikit yang aku buat.
Sebab dapur tok aku besar dengan pengudaraan yang baik,
membuatkan aku semangat nak readykan barang skrub ni.
Aku bahagi untuk auntie dan cousin aku jugak.


So , camne caranya nak buat skrub beras? 
Senang!
Anda cuma memerlukan kerajinan!


Ada tiga jenis beras yang biasa kita guna untuk buat skrub badan.

-Beras biasa
-Beras pulut
-Beras pulut hitam


Semuanya mempunyai khasiat masing-masing dan boleh dicampur sekali tiga. 
Kalau nak guna satu-satu pun boleh, effective jugak.

Beras biasa untuk menanggalkan daki dan melicinkan kulit,
beras pulut pula untuk memutihkan kulit dan mengurangkan parut di badan,
beras pulut hitam memberikan nutrisi pada kulit kita dan juga mengurangkan parut.

Pendek kata, ketiga-ketiga beras ni mempunyai function yang hampir sama,
tapi setiap beras ada dia punya khasiat extra.

Beras pulut~ dibeli kelmarin!


 Beras pulut hitam





Ambil aje beras yang berkenan....

  
 Beras pulut

Beras pulut hitam

goreng dalam kuali tanpa minyak hingga keperangan, jangan hangus!



Selepas digoreng....ginilah warnanyer, tak hangus keh!


Beras pulut hitam lak dia akan meletup sebab shell hitam 
kat luar tu akan terbuka nanti.

Kemudian, blend dalam grinder sampai halus.
Kalau rajin, filter la serbuk tu untuk mengasingkan yang lebih halus
dan yang kurang halus.

Serbuk yang bebetul halus sesuai digunakan pada wajah sebab tak kasar.
Yang kasar tu sangat bagus skrub pada tumit kaki, lutut, siku, tempat pelipat dan badan.


 Camnilah beras pulut hitam lepas blend,
ni pun aku tak tapis betul-betul, cuma tapi sikit aje simpan untuk scrub muka.


Beras pulut yang mulus dan tulus



Tapi, hati-hati, jangan kasar sangat tekan sebab asalnya kulit kita memang dah lembut.
Cuma nak maintain dan jaga kebersihan aje.

Oh ye, lupa nak cakap.
Campurkan skrub beras dengan susu segar, belilah yang Goodday tu ke,
mix sesedap rasa tengok nak cair ke pekat ikutlah hati anda.
Lepas tu teruslah scrub bersungguh-sungguh,
stay kejap kat badan dalam 2 min ke 3 min ke,
lepas tu bilas.


Menarikkan! 
Aku memang suka Spa ni, tapi kalau gi Spa scrub aje
dorang dah caj RM25-RM50 !
Padahal boleh je kita scrub sendiri kat rumah, free lagi!
Murah dan berkesan gitu! 


Amalkan 2 kali seminggu pun dah cukup, 
paling kurang sekali seminggu.


Rajinlah mencuba, memang memerlukan kerajinan!



ps:  Scrub Almond dan Scrub Kopi juga boleh digunakan.

3 Charles&Keith addicts:

  1. scrubbing each other...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Auz!!! Samalah!! aku pun buat cmni gak. tapi aku tak sangai beras tuu. aku rendam bg lembut then kisar. heheh..

    ReplyDelete
  3. err yeke patin ? haha scary u know!

    Nisa, kiranya ko rendam , kisar tu sikit2 ke? hehe aku sangai banyak2 sikit, buat stok, nanti xperlu masak lagi. guna aje. :D

    samalah kiter! hehe

    ReplyDelete