Tak percaya rasanya hari ni pepagi buta keluar rumah.
Bukanlah pagi pun, dalam kol 8 camtu.
Kononnya terasa jauhla nak pick up member kat Kota Damansara,
terus ke Subang Jaya then patah balik ke LRT Kelana Jaya.
Kota Damansara ke Subang Jaya cam 10 minit jek okay!
Ehem, sebab hari ni lengang je, jalan ana yang punya.
Seronok betul!
Aku, Nady dan Aisyah sampai dalam 9.40 kat KL Sentral.
Just a small meeting dengan kawan-kawan lama.
Sangat susah nak jumpa sebab aku sendiri agak sibuk.
If ada masa free tu, rasa tak nak ke mana nak rehat kat rumah je.
Banyak betul bebudak ni berkongsi input dan pengalaman memasing.
Aku jadi tukang dengar aje, tak de benda best nak share sangat hehe.
Bila dengar tu macam ada la terasa api semangat kobar-kobar nak buat Master.
Tapi, api semangat aje la, drive nak buat tu memang tak de lagi.
Berforum di Secret Recipe, KL Sentral.
Dipengerusikan dan dihoskan sendiri oleh Nady haha.
Azua Basri, Fatin, Waniey Som (kini Holmes!),
Aisyah Saharani, Nady, Haidar, Ainaa Farhana dan adik, Rahimah.
Nak diikutkan, masing-masing jalan cerita tak de yang sama.
Semua berbeza dan tiap orang ada dugaan masing-masing.
Sama ada diri sendiri kuat atau tak aje nak berdiri semula,
nak kejar impian dan berusaha bersungguh-sungguh, dan nak berdikari.
Hidup ni dah tak boleh beralasan lagi.
Orang suka bagi alasan selalu rugi, sebab masa tak tunggu kita.
Orang suka bagi alasan selalu rugi, sebab masa tak tunggu kita.
Kejayaan dan satisfaction setiap orang juga berbeza.
Mungkin ada orang tu dia nak buat Master hingga pHD.
Ada pula tak plan proceed Master tapi nak fokus kerjaya terus.
Ada yang plan kerja dulu dua tiga tahun, kemudian buat Master pula.
Masing-masing kena tahu apa yang hendak dicapai.
Kalau tak tahu nak jadi apa, boleh berbincang lagi, luaskan pembacaan,
dan buka minda, buka skop diri.
Semuanya kena buat sendiri, rancang dan bincang dengan yang lebih berpengalaman.
Kalau nak tunggu ada geng aje, nak duduk di zon selesa,
sampai bila kita takkan berjaya dan mungkin takkan puas dengan apa yang kita ada.
Emmm, jangan terpengaruh dengan cita-cita orang lain.
Kemungkinan apa yang diimpikan orang tu tak sama dengan impian kita sebenar.
Lepas tu, bila dah follow dia, tahu tahu tak minat, terus jadi kerja separuh jalan.
Setiap kita akan ada kejayaan kita masing-masing.
Yang takkan sama dengan orang lain.
Ada orang apabila dah berjaya jadi lecturer, baginya sudah berjaya.
Ada orang bila dah kaya raya, dia berjaya.
Em ada juga if dapat kahwin dengan pak we Korea dan beriman, berjayalah jugak tu??
(sapeeee?? hahaha)
Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi untuk kita dapatkan apa kita nak.
Kalau rasa down tu, cepat-cepat ingat nape dia boleh berjaya, tapi aku tak leh?
Haaa kalau dia boleh, sure kita pun boleh kan ??
Hehe.
Tapi, asas penting solat hajat dan sunat istikharah jangan ditinggalkan.
Tu poin penguat kita nak berjaya dengan sebenar.
Kejayaan tanpa diiringi dengan keimanan, ianya tidak bernilai.
ps: Bukan pasal duit aje kan? =) Yep, aku suka duit, sebab aku suka shopping. hehe
Pandang yang bawah untuk timbulkan rasa rendah diri. Ada kejayaan orang di situ, ada kelemahannya di tempat yang lain pula. Bersederhanalah, jauhi melampaui batas dan menunjuk-nunjuk kerana ianya hanya permainan dunia yang melalaikan, wake up.
ReplyDeletenak bersederhana tu la yg kekadang lupa kan. :)
ReplyDeletePersekitaran. Istighfar banyak-banyak boleh membantu,
ReplyDeleteEm ada juga if dapat kahwin dengan pak we Korea dan beriman, berjayalah jugak tu??
ReplyDelete(sapeeee?? hahaha)
ITS MEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!! hahahahahha.