Assalamualaikum.
Seronok hari ni, berjalan di Jalan TAR bersama Umi dan Kak Aida, serta Syaza.
Membeli-belah kain pasang untuk buat baju kurung dan blouse nanti.
Hehe, tak sabar nak tengok baju tu dah siap!
Err, tapi sakit pinggang....dah lama tak keluar shopping jauh-jauh.
Mean, tahun depan.....no shopping Auz.
Er...aku bajet dalam 6 bulan OFF SHOPPING.
Pastu Umi aku tambah, SETAHUN terus.
Aku sengih je. Hehehe.
Semalam Ahad petang, aku dan Puan Yasmin ke Karnival Al-Amin di Gombak.
Sekolah Al-Amin ada menganjurkan karnival selama 3 hari
Sekolah Al-Amin ada menganjurkan karnival selama 3 hari
sempena 25 tahun ulang tahun sekolah tu.
Kebetulan, ceramah tu Puan Yasmin bergandingan bersama Ustaz Don Daniyel.
Aku memang suka dengar cara Ustaz Don tu bagi ceramah,
kekadang kalau aku sempat aku tengok rancangan dia kat TV memalam tu.
Ni dapat jumpa live, Alhamdulillah.
Memang serupa la cara dia bagi ceramah tu,
tapi aku tengok dia memang menjaga pandangan dan tak denyer
nak bergelak ketawa habisan walaupun masa tu tengah wat lawak.
Dapat ilmu baru.
Insya Allah, aku upload video tu nanti untuk share dengan semua.
Pasal remaja.
Aku berkenalan dengan beberapa orang baru kat ceramah tu.
Antaranya ialah seorang adik lepasan Form 5, Husna namanya.
Tengok sekilas memang nampak cam budak Form 5 tapi
bila dengar dia bercakap, memang terasa dia final year universiti.
Debater~
Memang mature dia tu.
=)
Lepas habis ceramah, secara tiba-tiba dia tanya kat aku,
'kak camne kalau jadi chef tu, tudung dorang masukkan dalam baju?'
Aku jawablah,
'tu sebab dorang kononnya nak elak tudung dari menganggu masakan tu
atau terkena makanan ke apa. tapi sebenarnya boleh aje pakai tudung cam
biasa, then pakailah apron untuk elak dari dikotori makanan ke apa kan.'
Dia mengangguk setuju.
Rupa-rupanya, dia berminat nak jadi chef sangat.
Dia ceritalah bila tiap kali orang tanya plan dia lepas Form 5,
dia cam malas nak cakap sebab ramai yang tak setuju dengan pilihan dia
termasuklah cikgu kat sekolah dia.
Aku pulak, masa mula-mula dia cakap nak jadi Chef,
aku yang excited terlebihh!
First time aku dengar cita-cita someone nak jadi Chef.
RARE OKAY!
Tu la, aku memang excited untuk orang lain.
Conclusionnya, ramai tak sokong dia.
Dia macam ragu-ragu la if orang tanya apa impian dia.
So, senang cite aku cakap ajela.
Dia yang nak live the life, pilih betul-betul nak buat apa dalam hidup.
Hidup memang sekali aje, dan aku personally memang sokong
dia jadi chef walaupun rata-rata profesion chef ni
dimonopoli oleh kaum lelaki.
Sekurang-kurangnya, dia meramaikan Chef Muslim.
Hehe dan meramaikan Mukmin Profesional.
=)
Apabila terlintas sesuatu kat hati kita, nak buat something
macam berniaga ke, nak part time job ke, atau nak
organize untuk anak-anak yatim.
Provided, tujuan tu untuk kebaikan orang-orang Islam bersama,
teruslah buat solat hajat dan istikharah.
Di samping itu, teruskan niat anda yang tulus itu sambil bertawakal.
Sekiranya apa yang kita buat tu memang niat yang baik,
baik untuk kita, agama dan orang lain,
insya Allah berjaya!
Macam ada sorang member aku tu, dia berniaga,
dah siap daftar nama company.
Aku minta nasihat dan pendapat camne dia leh berani nak berniaga.
Dia jawab kat aku, JUST DO IT!
Kalau dok plan itu ini, dok fikir tak de modal dan tak laku semua,
sampai bila kita pun tak tahu kemampuan kita.
Kita takkan tahu adakah benda ni akan berjaya atau tidak.
So, buat dulu, then tengok progress benda tu camne.
Just Do It!
Masa tak tunggu kita, kita yang kejar masa.
Penuhkan masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Sebenarnya aku memang tak faham bila ada orang cakap
dia boring dan tak tahu nak buat apa dalam hidup dia.
Sebab aku banyak benda nak buat.
Sampai tak cukup masa dan tak terbuat.
If boring, please tolong aku laksanakan beberapa aktivit yang aku nak buat!
=D
(ceh sebok benor konon)
Paling penting aku nak baca buku-buku yang aku beli ni!
Pleaase! Ahax.
Aku sekarang memang peruntukkan waktu pagi, lepas Subuh,
sejam aku mesti baca buku mana-mana yang berkenaan.
If not memang tak dapat baca.
Then, sebelum tidur, aku baca sikit.
Ermm, ada benda yang korang teringin nak buat.
Buat!
If tak cukup modal, save your money then.
Sentiasa bersyukur, then cukuplah duit tu.
=)
Kan?
ps: Solusi bulan ni best, betul-betul memberi aku inspirasi. =)
OMG..adakah aku sorg je yg x ske ustaz don tuh??? hahahaha..he looks scary.. sbb aku penah tgk..then.. cm ngantok.. tukar channel.. ustaz lain.. cm ustaz zahazan..sejuk mata memandang..warghh...am i hav prob? LOL!
ReplyDeletetapi kalau ko jumpa dia personally, mmg hilang rasa tak suka. rasa hormat adala. :D dia bukan sekadar ustaz aje. ahax. graphic design pon dia tere.
ReplyDeleteLakukan sesuatu yang terbaik di dunia untuk kenangan di akhirat kelak. Semoga dibawa bekalan kenangan yang baik di sana sebelum meninggalkan dunia yang fana.
ReplyDeleteoo..ok..haha..
ReplyDeleteu r ryte kak! ;D tahun 2012!
ReplyDelete